Bahan Mentah
Penempatan
Sekiranya pengusaha mahu mencuba terlebih dahulu penanaman cendawan ini dalam skala/kuantiti yang kecil (contohnya; kurang dari 200 bongkah), ianya boleh dibuat di dalam bilik atau stor yang kecil.
Bongkah cendawan yang ditempat di dalam bilik
Ini kerana dalam skala/kuantiti yang banyak dan besar, bangsal yang khas perlu dibina untuk menempatkan kesemua bongkah cendawan tersebut secara lebih sistematik dan teratur.
Bangsal cendawan yang mampu menampung kuantiti yang banyak
Bangsal khas seperti ini perlu dibina apabila melibatkan jumlah bongkah cendawan yang banyak. Kebiasaanya bangsal seperti ini mampu menampung sebanyak 10000 hingga 20000 bongkah.
Saya masih di dalam peringkat percubaan untuk mengusahakan cendawan tiram ini. Oleh kerana ianya dalam kuantiti yang sedikit iaitu 11 bongkah , maka saya hanya menempat bongkah-bongkah cendawan tersebut di dalam almari sahaja.
Penempatan bongkah seperti ini hanyalah untuk kuantiti yang sedikit dan untuk tujuan percubaan sahaja
Bangsal dan Rak
Bangsal adalah antara perkara terpenting yang perlu diutamakan dalam mengusahakan cendawan. Terdapat beberapa pilihan bangsal yang boleh digunakan untuk menempatkan cendawan. Sumber yang boleh digunakan adalah seperti buluh, kayu (tanpa kos=daripada pokok yang telah ditebang dan tidak digunakan, kos=membeli kayu yang digunakan untuk membina rumah), atap nipah dan juga jaring hitam. Kayu digunakan untuk membina kerangka bangsal dan juga rak. Buluh pula boleh digunakan untuk membuat rak untuk meletakkan bongkah-bongkah cendawan. Atap nipah pula digunakan untuk membuat atap bagi bangsal. Ini penting untuk mengawal kelembapan di dalam bangsal. Jika menggunakan atap zink, di khuatiri akan menjejaskan potensi cendawan kerana atap zink menghasilkan haba dan suhu yang tinggi. Sekiranya, hendak menggunakan atap zink pengusaha hendaklah menggunakan lapisan getah khas yang diletakkan di bawah atap zink untuk mengurangkan kadar kepanasan di dalam bangsal.
Bangsal dengan atap daun nipah