Wednesday, September 3, 2008

Asas Penanaman Cendawan (Bahagian 1)




Bahagian 1 (Penyediaan Bahan Asas Utama)

Bahan Mentah



Untuk memulakan penanaman cendawan, beberapa perkara asas utama yang perlu diketahui. Sebelum cendawan boleh ditanam, terdapat beberapa bahan atau medium penting yang perlu didapatkan terlebih dahulu. Antaranya adalah habuk kayu getah, dedak padi dan kapur pertanian.



Sebelum: Habuk kayu getah sebelum digembur




Selepas: Habuk kayu getah setelah digembur




Dedak Padi


Kapur Pertanian





Penempatan



Sekiranya pengusaha mahu mencuba terlebih dahulu penanaman cendawan ini dalam skala/kuantiti yang kecil (contohnya; kurang dari 200 bongkah), ianya boleh dibuat di dalam bilik atau stor yang kecil.



Bongkah cendawan yang ditempat di dalam bilik







Ini kerana dalam skala/kuantiti yang banyak dan besar, bangsal yang khas perlu dibina untuk menempatkan kesemua bongkah cendawan tersebut secara lebih sistematik dan teratur.






Bangsal cendawan yang mampu menampung kuantiti yang banyak









Bangsal khas seperti ini perlu dibina apabila melibatkan jumlah bongkah cendawan yang banyak. Kebiasaanya bangsal seperti ini mampu menampung sebanyak 10000 hingga 20000 bongkah.





Saya masih di dalam peringkat percubaan untuk mengusahakan cendawan tiram ini. Oleh kerana ianya dalam kuantiti yang sedikit iaitu 11 bongkah , maka saya hanya menempat bongkah-bongkah cendawan tersebut di dalam almari sahaja.





Penempatan bongkah seperti ini hanyalah untuk kuantiti yang sedikit dan untuk tujuan percubaan sahaja



Bangsal dan Rak



Bangsal adalah antara perkara terpenting yang perlu diutamakan dalam mengusahakan cendawan. Terdapat beberapa pilihan bangsal yang boleh digunakan untuk menempatkan cendawan. Sumber yang boleh digunakan adalah seperti buluh, kayu (tanpa kos=daripada pokok yang telah ditebang dan tidak digunakan, kos=membeli kayu yang digunakan untuk membina rumah), atap nipah dan juga jaring hitam. Kayu digunakan untuk membina kerangka bangsal dan juga rak. Buluh pula boleh digunakan untuk membuat rak untuk meletakkan bongkah-bongkah cendawan. Atap nipah pula digunakan untuk membuat atap bagi bangsal. Ini penting untuk mengawal kelembapan di dalam bangsal. Jika menggunakan atap zink, di khuatiri akan menjejaskan potensi cendawan kerana atap zink menghasilkan haba dan suhu yang tinggi. Sekiranya, hendak menggunakan atap zink pengusaha hendaklah menggunakan lapisan getah khas yang diletakkan di bawah atap zink untuk mengurangkan kadar kepanasan di dalam bangsal.

Bangsal dengan atap daun nipah





Pendahuluan - Info Cendawan

Petikan dari Wikipedia

Tentang Cendawan
Cendawan adalah sejenis tumbuhan yang tidak boleh menjana makanan secara sendiri. Ia memerlukan medium lain sebagai "rumah tumpangan". Contoh perumah untuk cendawan adalah seperti pokok. Terdapat beribu jenis cendawan akan tetapi tidak semua cendawan boleh dimakan.


Di Malaysia, antara cendawan yang telah berjaya ditanam secara komersial adalah seperti cendawan Ling Zhi, cendawan tiram (yang menjadi fokus di dalam blog ini) dan cendawan shiitake. Cendawan biasanya digunakan di dalam masakan. Antara produk berasakan cendawan yang mendapat sambutan di kalangan pengguna adalah seperti Mushroom Soup di Pizza Hut. Di samping itu, cendawan juga digunakan untuk tujuan perubatan seperti produk kesihatan keluaran syarikat DXN Marketing Sdn Bhd iaitu Reishi Gano (RG) yang berasaskan cendawan Ling Zhi. Dari segi kesihatan, cendawan mengandungi kandungan lemak yang amat rendah.


Pleurotus ostreatus yang juga dikenali orang ramai sebagai cendawan tiram atau cendawan tiram pokok merupakan salah satu kulat yang boleh dimakan dan kebanyakannya ditanam di Asia sejak dahulu kala dan kini ia ditanam secara komersial di seluruh dunia sebagai makanan. Ia Cendawan ini mempunyai persamaan dengan kulat Pleurotus eryngii. Cendawan tiram juga digunakan dalam industri bagi tujuan mycoremediation. Cendawan tiram sering digunakan dalam masakan China dan Jepun sebagai makanan istimewa dan sedap dimakan bersama kicap.


Nama
Nama Pleurotus ostreatus berasal dari bahasa Latin. Perkataan pleurotus merujuk kepada pertumbuhan sisi batang pokok manakala ostreatus merujuk kepada bentuk pileus. Sesetengah orang mempercayai nama tersebut dipetik daripada sejenis kerang-kerangan iaitu tiram (oyster) kerana perisanya yang agak sama.
Pleurotus ostreatus juga dikenali sebagai píng gū (平菇) di negara China yang bermaksud "cendawan datar". Cendawan ini juga mempunyai bau seperti pokok jintan manis kerana kehadiran sejenis kimia iaitu benzaldehid.


Habitat
Cendawan tiram banyak didapati dalam hutan beriklim hawa sederhana dan subtropika di seluruh dunia. Cendawan ini merupakan sejenis saprofit yang bertindak sebagai pengurai utama kayu.


Maklumat tambahan
Cendawan tiram merupakan sumber semulajadi dadah statin. Kajian mendapati ia mengandungi lebih kurang 0.4% hingga 2.7% statin berdasarkan berat kering. Selain itu, kajian makmal ke atas haiwan menunjukkan bahawa penambahan kulat yang tergolong dalam genus Pleurotus dalam diet dapat mengurangkan kolesterol dalam sesetengah keadaan.
Cendawan ini juga salah satu cendawan maging kerana terdapat struktur yang dikenali sebagai mycelia yang bertujuan membunuh dan mencerna cacing gelang. Ini dipercayai cara untuk memperoleh nitrogen.
Cendawan ini mengandungi kandungan kecil arabitol. yang menyebabkan kesakitan gastrousus pada sesetengah orang. Arabitol merupakan alkohol gula yang sepunya dengan xylitol, manitol dan sorbitol di mana digunakan secara meluas sebagai bahan tambahan dalam makanan.